Rabu, 26 Februari 2014

Cuba teka dekat mana ni? hmm rasa2?

Dekat je ni..

Dalam Malaysia je..


 
 
Ada pokok sakura ala2 overseas gitu..haha..
 Kata org ambil feel gitu..
 
-KMPP VIEW-
 
 
 
 
 

Sabtu, 22 Februari 2014

kembali ke blog yg berhabukss sangat!!

Haaa..bukan main panjang lagi tajuk entry kali ni..well..nak tahu knape tajuk entry kali ni mcm tu? Korang tau tak yg aku ni dah lama tak udpate blog ni? Tahu ke tak ni?

Huhu..senang cerita mcam ni la..korang just ibaratkan blog aku ni macam buku diari kesayangan korang yg slalu sangat korang belek masa korang free waktu dulu2..yg slalu sangat korang cari bila korang sedih n ada masalah tapi tak tahu nk share dgn sape..tapi korang dah lama tinggalkan diari tu sbab korang dah ada ramai kawan yg boleh jadikan teman utk share cerita kan..atau mungkin korang terlalu sibuk sampai tak sempat nak spend time dgn diari kasayangan korang ni kan? huhu..then setelah sekian lama baru korang perasan n teringat balik nak cari diari yg dah lama ditinggalkan ni..

So cari punya cari last2 korang jumpa jugak diari ni dlm almari yg agak lama jugak tak kemas (nampak benar korang ni pemalas nk mengemas kan? haha..just kidding)..dgn berhabuk+banyak pulak sarang labah2 ada dekat dgn almari tu..haa..macam tu la ibaratnya blog yg dah lama aku tinggal ni..haha..tak ingat nak update..org makin dewasa ni biasa la..macam tak faham2 pulak..busy la katakan..haha..sanggaaattt!!!

Well..back to the main point apa yg sepatutnya aku cerita tadi (tapi aku dah merepek la pulak gara-gara tajuk entry yg agak pelik tu..pelik ke? agaknya la..entah..haha)..so benda yg paling latest pasal aku..ehemmm2..tetiba pulak sakit tekak..actually saya baru je dapat result exam for sem 1 (setelah officially jadi student Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, UMSKAL) <-----hmm dgn bangganya sebut nama universiti sendiri ye..haha

 
 Dah macam budak sekolah dah gayanya..haha
 

Result!!! Well..it's not really good (sedih :'(  huhu..salah sendiri sebab banyak main2) but i still need to keep trying for few years ahead until i'm officially graduate from UMS (maaf kalau grammar berterabur..biasa la..one of a learning process memang kekadang tu salah n jauh tersasar kan..haha)
So sekarang tak nak dah fikir pape yg dah lepas..result tak ok ke ape ke,yg penting sem 2 ni buat yg terbaik..yeahhh!! Cakap dekat diri sendiri "You can do it..come on girl.." *dengan muka happy+excited mengalahkan org yg berjaya panjat Gunung Kinabalu* hmm knape tetiba Gunung Kinabalu? (mentang2 la tengah berjinak2 dgn Sabah) haha..tak ada kena mengena..kan?

Dah lebih setengah tahun tinggalkan KMPP..rindu sangat wei..especially all the ohsem guys in K4P5

Family of K4P5 
 
Ok..now nak cerita pasal sem 1..of course 1st of all rasa nervous sangat bila sampai university level ni..org cakap time sekarang ni la nak start matang la..nak start culture shock la (alhamdullillah belum sampai lagi tahap tu la)..hmm macam2..so nak dipendekkan cerita..macam2 jenis org aku jumpa dekat u ni..benda yg paling ohsem waktu sem 1 adalah apabila aku join koko..aku join 1 kelab ni..we call the club as "POP" why "POP"? well for those yg tak tahu *nampak dah dahi korang berkerut+muka excited nak tahu..haha* actually POP is stand for "Pengurusan Organisasi Pelajar" n knape pulak nama kelab tu mcm tu? Manalah aku tau..pergi la tanya pihak yg berkenaan..hehe..actually POP ni best sebab banyak jugak experience yg aku dapat bila aku join club ni especially in term of teamwork (UMS SPRINT) n leadership (Karnival Kokum with INTERIM) la..so..thanks guys..you give me such great memories
 
 
 
 
  
ok..itu je la kut..mengantuk sudah meh *menguap* hehe..gudnite n assalamualaikum
-LeeYanaDeeRa-
 
 
 
 
 

Khamis, 8 November 2012

Ujian itu teman baikku

"Dalam diri kita melangkah..terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat. Peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri. Mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah ima yang kian terkoyak lantaran ada langkah yang tersasar daripada keikhlasan..."
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati..
Kuatkanlah hatiku agar keyakinanku tidak berubah..
Supaya aku sentiasa tabah..

Rabu, 7 November 2012

Malam Epilog Cinta-KMPP

NUKILAN HATI ADAM BUAT HAWA..

"Kami sulit menahan pandangan mata kalian, apalagi kalian diamanahkan Allah kecantikan dan posture yang ideal, kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian, kerana itu lebarkanlah pakaian kalian, dan tutupilah rambut kalian hingga ke dada kalian dengan tudung yang membentang.
 Kami juga sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian, apalagi jika kalian diamanahkan Allah suara yang merdu dengan irama yang mendayu, kerana itu tegaskanlah suara kalian dan berbicaralah seperlunya.
 Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian, ketika kalian menjadi tempat mencurahkan isi hati kami, waktu luang kami akan terisi oleh bayangan-bayangan kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian.
 Kami tahu kami paling lemah bila harus berhadapan dengan kalian. Kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyuman kalian. Hati kami akan bergetar ketika mendengar kalian menangis. Sesungguhnya, Allah telah memberikan amanah terindah kepada kalian, maka peliharalah dan jagalah, jangan sampai Allah murka dan memberikan keputusan.
 Maha Besar Allah yang tahu akan kelemahan hati kami, hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhaiNya kalian akan halal bagi kami..."

              Wahai Hawa, yakinlah dengan Dia..
           Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..insyaAllah :)

*bergetar hati aku bila baca semua ni..walaupun just sehelai kertas,tapi betul2 besar maknanya..kan?  

Jumaat, 17 Ogos 2012

Life at KMPP

Assalamualaikum semua!!

Actually aku tak tahu nak cite pe kat korang. Hmm..the latest pasal aku? Pasal KMPP la kut. Korang tahu kan KMPP tu pe? Of course la korang tahu kan. But for those yang tak tahu, KMPP is stand for Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak masuk matrik. Tapi kerana masin mulut ayah aku, dapat jugak masuk matrik. Alhamdullillah..tak sangka pun sebenarnya. Result SPM biasa je. Dulu dorang cakap matrik susah, so aku jadi takut nak masuk matrik. Well,aku tak ada pilihan. Terpaksa jugak masuk matrik. Sambung Form6? Tak kut.

Then bila dah masuk matrik, macam biasa la, minggu first je dah kena orientasi. By the way, minggu orientasi memang best (walaupun first2 masuk aku dah kena denda sebab kalah dalam satu game ni..tak ingat game pe? Hehe..tapi aku sure, bila keluar dari matrik mesti aku akan ingat kenangan minggu orientasi aku kat matrik ni). Masa mula2 masuk matrik ni, dorang ada la buat satu pemilihan untuk pilih pelajar2 yang berminat dalam aktiviti kawad. Disebabkan aku agak aktif berkawad masa sekolah dulu (cey..aktif la sangat! Eh..kira aktif la jugak..tiap2 tahun aku masuk kawad k..) <puji diri sendiri..haha.. So aku pun try la gi pemilihan tu. At last aku kena reject sebab kurang ketinggian. K..laugh at me..hahaha..sedih giler kut.. Tapi tak pe la.. Dah bukan nasib aku. Sabar je la..

Well aku ditawarkan Modul 3 untuk aliran sains. Mula2 tu rasa macam nak tukar modul, sebab Modul 3 kena belajar sains comp. Sains comp? Benda alah pe tu? Serius, aku tak tahu pape sal Sains comp. sebab tak pernah belajar punya pasal kan..but bila dah belajar rasa ok jugak, just kena banyak membaca untuk exam. Nasib baik tak tukar Modul 1 or 2..kalau tukar modul sah2 aku kena hadap fizik tiap2 hari. Dah la masa sekolah dulu benci gila ngan fizik. Actually aku tak suka sebab selalu exam dapat teruk. Cikgu kat sekolah dulu cakap kalau boleh score add math, mesti fizik pun boleh jugak. Tapi aku tetap je tak boleh, agaknya tak serasi ngan jiwa aku kut. So aku give up ngan fizik, so aku malas nak amik fizik, aku lebih prefer bio dari fizik, so Modul 3 je jadi pilihan aku. First belajar math kat matrik ni macam best, tapi lama2, mak aih, dah macam add math la. Kalau basic add math tak kuat, memang susah la nak faham. Aku pun add math SPM dapat B. But nothing impossible right? So kalau usaha lebih, insyaallah boleh. Tak payah nak bangga or sedih sangat la ngan result SPM tu. Bila masuk matrik je, result SPM tu campak kat luar pagar matrik je, sebab tak guna jugak kalau result SPM bagus, tapi bila masuk matrik belajar main2. Actually aku kat sini pun agak malas (2 kali ganda malas dari dulu), maybe sebab aku still macam tak boleh adapt ngan suasana belajar kat sini kut. Belajar kat sini agak laju. Aku macam terkena culture shock je..hehe... Nie pun baru habis UPS1 (Ujian Pertengahan Semester 1). UPS? Nak kata susah tu tak la. Tapi entah la. Ada yang aku boleh jawab, tapi tak confident la pulak. Tak taw la. Tengok la result nanti macam ne. Harap2 ok je nanti. Insyaallah..hmmm.. Takut jugak ni..aish...ok la. Dah penat aku membebel. Entah pape dah ni. Ok la..bye..
Assalamualaikum..

Rabu, 1 Ogos 2012

About friendship..

Have you ever think what friendship is? Alaa..senang cite 'frienship' tu macam ni. Haa..sudah. Aku dah alih Bahasa Melayu plak. Lagi better kut. Senang sikit aku nak bermadah pujangga. Hehe..merapu sudah. Ok..berbalik kepada topik kita tadi. Apa itu 'friendship' or dalam Bahasa Melayu nya adalah 'persahabatan'.. Alaa aku ni gitaw macam la korang tak tahu..ish3.. Sabar je la kan dengan aku ni. Haha..well..nak gitaw ni..

"Hubungan persahabatan itu boleh diibaratkan seperti irama dan lagu. Susunan muzik yang sempurna pasti akan menjadi melodi yang sangat indah dan sedap untuk didengar. Tidak mungkin irama dan lagu itu dipisahkan , apatah lagi persahabatan yang terjalin dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.."

So..khas buat sahabat2 aku. Happy Friendship Day..Friendship Never Ends
:-)

Isnin, 7 Mei 2012




I love someone who can make me laugh, when I don't even want to smile. Someone like you is good enough to make me happy and thank to God for this happiness.

Dear..
I'm not perfect...
I''ll annoy you,
piss you off,
say stupid stuff,
and then take it back...
But put that all aside,
you'll never find a girl that
care and love you
more than me...